Powered By Blogger

Monday, March 21, 2011

Kisah Bunga dan Rama-rama

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
 

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
 

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul ! Cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan.
 Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan anda, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok ! Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.

Cerita Gula dan Sirap


Tiada yang lebih gusar melebihi makhluk Allah yang bernama gula pasir. Pemanis dari olahan tumbuhan tebu ini membandingkan dirinya dengan makhluk sejenisnya yang bernama sirap.

Masalahnya sederhana. Gula pasir merasa kalau selama ini dirinya tidak dihargai manusia. Dimanfaatkan, tapi dilupakan begitu saja. Walau ia sudah mengorbankan diri untuk memaniskan teh panas, tapi manusia tidak menyebut-nyebut dirinya dalam campuran teh dan gula itu. Manusia cuma menyebut, "Ini teh manis." Bukan teh gula. Apalagi teh gula pasir. Begitu pun ketika gula pasir dicampur dengan kopi panas. Tak ada yang mengatakan campuran itu dengan 'kopi gula pasir'. Melainkan, kopi manis. Hal yang sama ia alami ketika dirinya dicampur berbagai adunan kuih dan roti. Gula pasir merasa kalau dirinya hanya diperlukan, tapi kemudian dilupakan.

Ia cuma disebut manakala manusia memerlukannya. Setelah itu, tiada penghargaan sedikit pun. Tiada yang menghargai pengorbanannya, kesetiaannya dan peranannya yang begitu besar sehingga sesuatu menjadi manis.


Berbeza sekali dengan sirap. Sirap walaupun hanya bertindak sebagai pewarna tetapi bila ianya sudah dicampur gula, orang tetap memanggil itu air sirap dan bukannya air gula sirap. Nama gula benar-benar tersisih.

Maka, posisi apakah diri kita? Gula atau sirap? Kalau pun kita di bahagian gula... kita akur saja kerana hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji....benarkah?