Powered By Blogger

Monday, March 21, 2011

Kisah Bunga dan Rama-rama

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
 

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
 

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul ! Cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan.
 Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan anda, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok ! Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.

Cerita Gula dan Sirap


Tiada yang lebih gusar melebihi makhluk Allah yang bernama gula pasir. Pemanis dari olahan tumbuhan tebu ini membandingkan dirinya dengan makhluk sejenisnya yang bernama sirap.

Masalahnya sederhana. Gula pasir merasa kalau selama ini dirinya tidak dihargai manusia. Dimanfaatkan, tapi dilupakan begitu saja. Walau ia sudah mengorbankan diri untuk memaniskan teh panas, tapi manusia tidak menyebut-nyebut dirinya dalam campuran teh dan gula itu. Manusia cuma menyebut, "Ini teh manis." Bukan teh gula. Apalagi teh gula pasir. Begitu pun ketika gula pasir dicampur dengan kopi panas. Tak ada yang mengatakan campuran itu dengan 'kopi gula pasir'. Melainkan, kopi manis. Hal yang sama ia alami ketika dirinya dicampur berbagai adunan kuih dan roti. Gula pasir merasa kalau dirinya hanya diperlukan, tapi kemudian dilupakan.

Ia cuma disebut manakala manusia memerlukannya. Setelah itu, tiada penghargaan sedikit pun. Tiada yang menghargai pengorbanannya, kesetiaannya dan peranannya yang begitu besar sehingga sesuatu menjadi manis.


Berbeza sekali dengan sirap. Sirap walaupun hanya bertindak sebagai pewarna tetapi bila ianya sudah dicampur gula, orang tetap memanggil itu air sirap dan bukannya air gula sirap. Nama gula benar-benar tersisih.

Maka, posisi apakah diri kita? Gula atau sirap? Kalau pun kita di bahagian gula... kita akur saja kerana hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji....benarkah?

Sunday, December 19, 2010

Sajak oh sajak

Sajak yg aku present mase pertandingan deklamasi sajak peringkat kementerian aku.at least dpt gak adiah tmpt ke-3. Dapat Foldable Storage Stool free.hehehe...


cam gini la hadiah aku dpt td


Sajak untuk Komputer

Lihat keyboard di depan monitor ini saudaraku
Semua huruf dan angka-angkanya semakin kabur
Tertimpa debu-debu yang terasa empuk tersentuh jari
Letak mouse pun tidak berubah dari kelmarin

Saudaraku, cuba lihat data-data yang ada di hardisk komputer ini
Kalaupun datanya bertambah, pastilah data yang formatnya
Mp3, Mpg, MPEG, wav, JPG, gif, lalu apa lagi? 3gp?
Padahal komputer ini banyak dipartisi

Lihatlah CPU itu saudaraku,
Banyak sarang laba-laba di sekelilingnya
Kenapa kamu mengacuhkan komputer ini?
Ayoolah… Saudaraku,

Gerakkan jemarimu…
Sentuhlah mouse ini…
Setubuhi CPU ini dengan karya-karyamu
Penuhi hardisk komputer ini dengan data word, corel, excel dan juga HTML

Komputer…Oh Komputer…
Malang nian nasibmu,
Hidup di sekitar Agent Of Change,
Yang setia megekori arus perubahan globalisasi

Dunia…oh dunia,
Zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang,
Dahulu pedang dan lembing menjadi senjata pemusnah,
Kini jari-jemari manusia yang akan menentukan,
Siapa yang kuat dan siapa yang lemah
Virus-virus computer menjadi pembunuh upahan
Yang semakin rakus melahap kod-kod binary
Yang menjadi makanan rujinya itu
Tanpa disedari

Oh, betapa malang nasibmu
Siang malam bersengkang mata
Andai dikau dapat berkata-kata
Tidak dapat dibayangkan
Betapa seksanya dirimu
Menghambakan dirimu
Untuk tuanmu
Yang rakus meratah tubuhmu
Untuk mencari sesuap nasi
Demi bangsanya


* Ayat goreng smua 2,hehehe...

Thursday, November 11, 2010

Sedingin Cinta Ibrahim


Cinta seperti hujan yang berkunjung renyai-renyai dalam kebun hidupnya. Sungguh wajah Ibrahim seperti awan rendah yang meneduhkan. Dia suka memandang wajah itu, setiap hari dan saban malam. Tak pernah jemu, kerana wajah itulah yang tak putus-putus menghantar kedinginan dan keredupan, hujan cinta yang renyai-renyai. Wajah itu adalah cinta tak berbelah bahaginya. 

Dia tidak punya harta yang banyak, juga pendidikannya hanya cukup sekadar membolehkan dia membaca dan mengaji dengan fasih. Dia lahir tidak sempat mengingat wajah abah dan umi. Bahkan dia tidak mengenali mereka, hanya beberapa orang penjaga dan teman-teman segelanggang di rumah kebajikan anak-anak yatim. Harta yang dia ada, cumalah cinta yang menyala-nyala itu. Cinta kepada Tuhan yang Maha Pengasih, cinta kepada rasul yang mengasihi, juga cinta kepada kekasihnya, Ibrahim. Suami yang tercinta, yang mengajar dia mengenal makna cinta itu, berlapis-lapis, dan dalam sekali.

“Keimanan itu bukan sekadar ikrar dengan lisan dan bukti melalui perbuatan, tetapi juga hati yang yakin dan mencintai,” pesan Ibrahim.

Dia cintakan suara itu. Tiap malam sesudah Maghrib Ibrahim bersila di hadapannya. Sederhana, berbaju melayu dan berkopiah putih. Bauan harum yang dipakai suaminya semerbak sekali membuatkan dia jadi tenteram dan bahagia. Lalu mereka sama-sama menekuni kitab Allah dengan khusyuk dan kerendahan. Helaian demi helaian. Ibrahim mengajarnya pelbagai perkara, tentang langit dan bumi, tentang kelahiran dan kematian, tentang manusia dan hati. Juga tentang kisah para nabi dan rasul yang sangat gemar didengarinya. Dia ralit mendengar kisah Nabi Ibrahim dan isterinya Sarah berkali-kali, berulang-ulang. Seperti seorang kanak-kanak, dia akan duduk diam di hadapan Ibrahim dengan senyuman manja sambil mendengar setiap satu kata yang diucapkan Ibrahim. Kadang-kala diulangnya suara Ibrahim, sehingga suaminya turut tersenyum. Alangkah, cintanya menyala-nyala; tidak membakar tetapi mendinginkan.

“Sekarang baru kau tahu, Ibrahim. Bersungguh-sungguh sangat hendakkan dia. Sekarang lihatlah, kau sudah tidak ada generasi untuk menyambung keturunan kau. Ini semua salah anak yatim tu.”

“Ya Allah. Jangan cakap begitu Kak Senah. Siapa sangka, mungkin saya sendiri yang kurang upaya. Rezeki itu di tangan tuhan. Diberi dan diambil atas iradat-Nya.”

Ibrahim mengajarnya tentang keyakinan itu. Penyerahan dan kesabaran itu adalah kecintaan yang gagah, yang tulus buat Tuhan.

Dia cintakan Ibrahim, juga Ibrahim sangat mencintai. Itu yang dibisikkan Ibrahim tiap-tiap pagi ketika dahinya dikucup sebelum Ibrahim berangkat ke tempat kerjanya. Seperti dituangkan air yang dingin, dia merasai kasih sayang Ibrahim mengalir ke seluruh tubuhnya, seluruh hati dan jiwa raganya. Lalu tumbuh sepohon yang rendang, di situlah dia tumpang bernaung dari kepanasan dunia yang semakin melemaskan. Alangkah tulusnya.

Ibrahimlah yang membawa dia ke dunia yang serba cukup ini. Dia tidak mahu rumah mewah, atau kereta besar, atau barangan kemas yang membukit kerana dia sedar itu semua bukanlah rezeki selayak untuknya. Dia hanya mahu merasai nikmat kasih sayang, memiliki keluarga dan insan untuk dicurahkan isi jiwa wanitanya. Terlalu lama dia kekontangan itu semua, ibu bapanya meninggal sejak dia kecil lagi. Rumahnya hangus dalam kebakaran besar-besaran di kampung, menelan seluruh cinta yang ada. Kakak sulungnya turut terkorban. Tinggal dia sendirian yang tuhan panjangkan nyawa. “Bersyukurlah kepada-Nya atas nikmat usia ini. Ajal dan maut ditentukan sejak azali lagi. Begitu jugalah kita dijodohkan hari ini, atas kasih Tuhan,” pesan Ibrahim dengan penuh cinta.
Rindunya hanya kepada suaminya, tumpah melimpah-limpah. Itulah amanah yang ditetapkan oleh Tuhan buatnya.

“Tak mungkin salah kau pula, kau tu lelaki Ibrahim. Kau perasan tak, sejak dia masuk ‘operate’ dulu, kau dengan dia dah tidak menjadi? Mesti ada masalah dengan dia. Dia sudah tidak subur lagi tu.”

“Itulah silapnya Kak Senah, orang Melayu ni. Asalkan tak ada rezeki saja, disalahkan orang perempuan. Apa-apapun dituduhnya orang perempuan. Kak Senah tahu, dari kajian perubatan, masalah ini 40 peratus berpunca dari pihak lelaki, 40 peratus dari yang perempuan. Selebihnya, berpunca dari kedua-dua pihak. Paling utama, itu semuakan aturan tuhan?” Ibrahim hanya tersenyum melayan kerenah kakak tunggalnya itu.

“Lagipun Kak Senah, operation yang dijalani isteri saya tu, tak sepatutnya menjejaskan kesuburannya itu. Dia masih berupaya melahirkan seperti seperti sebelumnya.” Kak Senah hanya mencebik masam.

Kadang-kala dia juga mengenang sendirian, layakkah dia untuk menelan segenap cinta yang Ibrahim curahkan itu. Dia bukanlah jodoh yang terbaik buat Ibrahim. Ibrahim seorang pakar perubatan kanak-kanak, paediatrician, juga lepasan luar negara. Berpendidikan tinggi, berkelulusan tinggi, juga punya maruah dan martabat yang tinggi.

Dia bukanlah segagah Sarah, wanita yang terbaik buat menggalas cinta Ibrahim.
Malam itu perjalanan takdirnya telah dibuka oleh tuhan seluas-luasnya. “Ini ujian tuhan buat kita yang lemah,” pesan Ibrahim sentiasa.

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa (Asy Syuura: 49-50)” 

“Ibrahim, isteri kau mengalami ectopic pregnancy di tiub Fallopio kanannya. Dia sudah mengalamirupture dan pendarahan serius selama beberapa jam yang lepas, salpingectomy harus disegerakan!”

Ibrahim hanya akur. Dia sebagai salah seorang pakar perubatan yang penuh pengalaman sangat mengerti akan situasi yang dihadapkan padanya detik itu. Pendarahan akibat ectopic pregnancyterlalu besar kemungkinan untuk meragut nyawa isterinya. Bila-bila masa sahaja! Wajah isterinya yang pucat ditenung dengan senyuman yang kelat. Sebelum disorong ke bilik bedah, Ibrahim sempat mengucup dahi isterinya- ada doa di dalamnya dingin meresap jauh ke nubari isterinya.

Mujur saja sebenarnya Ibrahim seorang doktor yang cekap. Beberapa jam sebelum itu, isterinya telah disyaki menghidap appendicytis setelah mengadu sakit-sakit di kanan perutnya, bahkan hampir saja dihantar ke Operation Theatre untuk dijalankan appendectomy. Tetapi Ibrahim mencegah, aduan isterinya beberapa hari lalu tentang kitar haid yang sudah terganggu selama 6 minggu menyebabkan dia menangguhkan pembuangan appendix isterinya. Alangkah, tindakan Ibrahim itu sungguh berbaloi.

“Saya mahu dia diperiksa sekali lagi, dengan transvagial Ultrasound Scan! Saya rasa ini bukan appendycitis,” arah Ibrahim kepada doktor yang bertugas malam itu.
Ibrahim menanti, hatinya tawakal bahawa Tuhanlah pemilik segala cinta.

      “(tetapi mereka tidak mahu makan), kerana itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: ‘Janganlah kamu takut’. Dan mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak). Kemudian isterinya datang memekik (tercengang) lalu menepuk mukanya sendiri seraya berkata: ‘Aku adalah seorang perempuan tua yang mandul’. Mereka berkaa: ‘Demikianlah Tuhanmu menfirmankan’ sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (Adz-Dzaariyat: 28-30)”

Terlalu lama mereka bersama dan dia sungguh-sungguh dapat membaca keresahan hati suaminya. Dialah yang mengubat sepi Ibrahim selama ini. Dan dia juga tahu, Ibrahim terlalu merindukan zuriat untuk menyambung legasi dan keturunannya. Ibrahim amat menghasratkan suara kanak-kanak dapat memeriahkan rumah mereka yang sederhana itu. Cahaya mata yang menjadi tanda dan anugerah buat cinta yang menyatukan mereka. Cinta yang menyala-nyala. Kerana naluri cintanya kepada kanak-kanak itu jugalah Ibrahim menjadi paeditrician.

Lalu dia sering menyalahkan dirinya. Kata-kata Kak Senah kadang-kadang menghantukkan jiwa wanitanya. Alangkah dia mahu jadi setabah Sarah, tidak pernah putus mendedikasikan ketaatan dan kekuatan buat Ibrahim terus berdiri. Saban malam dia memanjatkan seribu doa buat tuhan agar dipinjamkan sedikit jiwa wanita terpuji itu- agar dia menjadi seorang Sarah buat Ibrahim.
Dia mahu cintanya adalah cinta seorang Sarah buat Ibrahim.

“Cuba kita renungkan betapa kekuasaan tuhan yang menciptakan Adam. Juga kelahiran Isa yang tidak berbapa dari seorang wanita solehah bernama Maryam,” kata Ibrahim sambil bersila di hadapannya sesudah maghrib. Sederhana, berbaju melayu dan berkopiah putih. 

“Jadi tidak mustahil juga Allah yang Maha Penyayang menganugerahkan zuriat kepada nabi Ibrahim dan isterinya Sarah, serta kepada nabi Zakaria dan isterinya, Ishba, walaupun mereka dalam usia yang sudah lanjut. Merekalah insan-insan yang diceritakan dalam Al Quran, yang telah tuhan uji dengan tanpa mendapat zuriat.”

“Tentu lama mereka terpaksa menanti sebelum kelahiran zuriat pertama itu, kan Abang?”

“Kesabaran dan keyakinanlah yang menggagahkan mereka. Kecintaan mereka kepada tuhan tidak akan pernah dilupakan oleh Pencipta Seluruh Alam, lantas kerana kekuatan mereka itu, Tuhan bukan sahaja menganugerahkan anak, tetapi zuriat yang bakal menjadi keturunan yang soleh dan mulia, termasuklah para rasul dan nabi. Moga-moga tuhan juga mengizinkan zuriat yang baik dan soleh buat kita,” ujar Ibrahim lagi sambil tersenyum. Senyuman itulah yang dia simpan saban hari, setiap malam untuk mengubat luka dan kecewanya.

Pernah juga suatu hari rakannya, yang juga rakan sekerja Ibrahim mencadangkan kaedah reproduktif alternatif kepada mereka. Dia sendiri sudah jenuh memujuk Ibrahim agar menerima kaedah persenyawaan in vitro (IVF) dan artificial insemination (AI). Kata rakannya, kaedah itu halal selagi menggunakan benih dari kedua-dua suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan yang sah. Tetapi Ibrahim terlalu tegas menolak.

Ibrahim tidak mahu mendapat zuriat dengan kaedah tersebut. Masih belum tiba masanya, kata suaminya.

Dia terlalu cintakan Ibrahim, namun hati wanitanya kadang kala bergetar juga. Dia bukannya Sarah, juga bukanlah Ishba yang gagah. Kekurangan dirinya itu selalu menakutkan tatkala dia melayan perasaannya yang sering resah. Dia bimbang jika cintanya yang satu ini dibawa pergi oleh Ibrahim, meninggalkan dia kembali seperti mana dia suatu ketika dahulu. Dia takut api cintanya yang menyala itu terpadam. Lalu dia beristikharah pada tuhan, memohon petunjuk dan kegagahan. Dengan seribu upaya, dan sejuta air mata dia membulatkan cintanya! Pengorbanan harus dibuat.

“Tidak! Janganlah cakap begitu lagi. Bersabar dan yakinlah, seperti yakinnya Sarah dan Ibrahim,“ suara suaminya mula keras.

“Tapi abang, Sarah juga merelakan suaminya mengahwini Hajar lantas berkat perkahwinan itu mereka dikurniakan Ismail oleh tuhan. Izinkan saya menjadi Sarah buat abang. Saya tak sanggup lagi melihat hasrat yang telah lama abang simpan itu jadi angan-angan kerana kekurangan saya ini.”

“Rezeki dan jodoh kita telah ditentukan. Ketika tuhan menyelamatkan kamu sewaktu mengalami pendarahan di dalam rahim kerana ectopic pregnancy dulu merupakan rezeki yang tak terhingga untuk abang. Sehingga kini abang tak terbalas cinta Tuhan kepada kita. Itu sudah memadai.” Sungguh-sungguh senyuman Ibrahim itu selalu saja membuatkan dia kelu. Dia tewas.

Namun dia tidak pernah putus asa. Kadang kala dia meminta pertolongan Kak Senah untuk meyakinkan Ibrahim yang tegas itu. Tiada masalah bagi Kak Senah. Kak Senah cukup suka jika Ibrahim berkahwin seorang lagi. Sebelum Ibrahim melamarnya, keluarga Ibrahim pernah menjodohkannya dengan anak gadis ketua kampungnya. Semestinya tindakan Ibrahim mengahwini dirinya, seorang gadis yatim yang sekadar berkerja sebagai pembantu di rumah kebajikan bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh keluarga Ibrahim yang besar itu.

Usaha Kak Senah juga tidak mendapat hasil yang memuaskan, bahkan Ibrahim dengan tenang dan tersenyum memberikan pelbagai alasan. Tentang kerjayanya yang semakin sibuk, tentang gajinya yang tak seberapa, dan bermacam lagi. Masakan Ibrahim mampu untuk melayan dua orang isteri. Namun dalam hati dia tahu Ibrahim cuma berdalih, tidak disangka begitu kejap setia Ibrahim, sehinggakan dia acapkali menangis terharu. Begitu besar kasih yang dicurahkan Ibrahim demi membahagiakannya, namun dia tidak dapat memberikan Ibrahim sebarang zuriat meskipun sudah hampir 8 tahun mereka bersama. Alangkah hati wanitanya pecah.

“Bersyukurlah dengan rezeki yang tuhan perkenankan untuk kita. Anak-anak itu rezeki, tetapi usia juga rezeki, bahkan iman dan Islam yang tertanam di dada ini adalah rezeki tak terhingga buat kita.”

Lalu Ibrahim menceritakan pula kisah Nabi Ayub yang mulia, tentang tuhan yang menguji baginda dengan penyakit. Segala nikmat harta, ladang-ladang dan anak-anak ditarik tuhan lalu baginda bersabar tanpa kesal dan kesah.

      “dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: ‘(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.’ Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipatgandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah. (Al Anbiyaa: 83-84)”

Cintanya masih menyala-nyala; tidak membakar tetapi mendinginkan. Seperti Sarah dan Ibrahim, di antara mereka adalah keyakinan dan kesabaran. Ibrahim bukan sahaja suami, tetapi adalah guru dan cintanya.

Cinta tuhan, adalah cinta yang tak terjangkau. Dia sujud dengan sejuta penyerahan.

“Ibrahim! Isteri kau pitam tadi! Kami baru balik dari klinik.”

“Ha?! Kenapa Kak Senah? Apa dah jadi?” gagang telefon dipegang erat. Cemas tiba-tiba berleluasa.

“Tahniah Ibrahim!”

“Kenapa Kak Senah? Isteri saya macam mana?”

“Dia sihat. Ibrahim, mulai dari hari ni kau jangan biarkan dia buat kerja rumah berat-berat lagi! Dia kena banyakkan rehat. Alhamdulillah, rezeki kamu berdua telah diperkenankan tuhan setelah lama menanti, sudah 7 minggu dia mengandung,” 

Kak Senah mengusik sambil ketawa kecil. Ibrahim terdiam, dalam senyum itu ada syukur yang tumbuh berkuntum-kuntum. Di dalam rahim isterinya kini semakin sejuk sesudah sekian lama, diisi dengan kasih sedingin cintanya Ibrahim.

      “Dan Kami telah memberikan kepadanya (Ibrahim) Ishak dan Yaakub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masing Kami jadikan orang-orang yang soleh. (Al-Anbiyaa’ : 72)

Alangkah, Dia yang maha Menganugerah, pemilik segala Cinta, pemilik segala Rahsia. 

Wednesday, November 10, 2010

Ada apa dengan CINTA


CINTAKEKAYAANKECANTIKAN, KESEDIHANKEGEMBIRAAN ...
Alkisah di suatu pulau kecil, tinggalah berbagai macam benda-benda.


Abstrak: ada CINTAKEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHANKEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.


CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu."KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA yang semakin tenggelam.


CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya."KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAANterlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli dan tidak mendengar teriakanCINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama kemudian datanglah KECANTIKAN.


"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut serta. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini.." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.....


Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA merayu, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja,"...  kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTAhampir putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. NamunCINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia ini tanpa aku, tanpa CINTA?


Pada saat genting itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua renyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera berlalu pergi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati yang telah menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA hairan. Sebab, kata orang itu.....


"hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya 
harga sebuah CINTA itu".......


Kemudian pada suatu hari CINTA dan KAWAN berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu  KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Didalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu..
Kenapa??


Kerana… KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai  KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi dia masih ada bersama kita.

mutiara kata:-
*    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
*   Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca 

Tikus Panik...Perangkap Tikus


Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam
"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar ?".

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,
" Ada perangkap tikus di rumah....di rumah. Sekarang ada perangkap tikus...."


Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
" Ada perangkat tikus !" 

Sang Ayam berkata,
" Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba,
"Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama.
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata
" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Doa Ketika ditimpa Musibah
 
Maksudnya: "Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya."


SUATU HARI NANTI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN 
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
PIKIRKANLAH SEKALI LAGI ! 


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Barang-siapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barang siapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya. (HR:Muslim).